Thursday, 12 June 2014

LIGA REMAJA KREATIF 2014

 

Pengenalan

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk VIDEO, PORTAL INTERNET ataupun APLIKASI MUDAH ALIH. 
Tema
Tema bagi Liga Remaja Kreatif 2014 adalah “Jalur Lebar Untuk Pendidikan”
Objektif Pertandingan
Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
  1. Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan;
  2. Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan; dan
  3. Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan.
Durasi Penyertaan
: Kategori Video: 2 - 5 minit
  Kategori Portal Internet dan Aplikasi Mudah Alih: 1Minit
Tarikh Mula Penyertaan
28 Mei 2014
Tarikh Tutup Penyertaan
4 Julai 2014

Syarat Penyertaan

A. Maklumat Peraduan
  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 adalah anjuran bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Telekom Malaysia dan Media Prima Digital.
  2. Tema bagi pertandingan ini adalah Jalur Lebar Untuk Pendidikan dan mestilah berbahasa Malaysia.
B. Kelayakan Pertandingan
  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.
  2. Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia.
C. Terma dan syarat pertandingan
  1. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar.
  2. Video penyertaan hendaklah dimuatnaik ke laman http://lrk.mcmc.gov.my selewat-lewatnya pada 4 Julai 2014. Penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup tidak akan diterima.
  3. Penyertaan bagi kategori VIDEO hendaklah di antara 2-5 minit dan video keterangan projek bagi kategori PORTAL INTERNET dan APLIKASI MUDAH ALIH hendaklah tidak lebih dari 1 minit.
  4. Penyertaan bagi kategori VIDEO boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
  5. Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
  6. Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana pertandingan peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
  7. Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
  8. Penyertaan adalah percuma.
  9. Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi penerimaan akan dikeluarkan oleh Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 kepada pihak Sekolah.
  10. Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
  11. Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.
  12. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
  13. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
  14. Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
  15. Hak cipta produksi adalah hak milik peserta. Peserta mestilah membenarkan Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
  16. Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap penyertaan bagi tujuan penyiaran.
  17. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
  18. Peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan atas talian yang telah disediakan di http://lrk.mcmc.gov.my
  19. Peserta dikehendaki menyimpan video penyertaan asli sekiranya diperlukan.
  20. Borang Penyertaan atas talian lengkap hendaklah disahkan oleh Pengetua atau wakil Pengetua melalui email yang telah dinyatakan di borang penyertaan atas talian.
  21. Setiap video penyertaan hendaklah disertakan maklumat seperti Tajuk Produksi, Nama Pelajar dan Nama Sekolah di awal video. (Sila lihat contoh di bawah)

  Contoh:


Hadiah

Peringkat Negeri
Hadiah tempat pertama
: RM5,000 berserta 4 x kamera digital
Hadiah tempat kedua
: RM3,000 berserta 4 x kamera digital
Hadiah tempat ketiga
: RM2,000 berserta 4 x kamera digital
Hadiah saguhati
: RM500 x 7
Peringkat Kebangsaan
Hadiah tempat pertama
: RM10,000 berserta 4 x iPhone
Hadiah tempat kedua
: RM7,500 berserta 4 x iPhone
Hadiah tempat ketiga
: RM5,000 berserta 4 x iPhone
Portal Internet Terbaik
: RM5,000 berserta 4 x iPhone
Aplikasi Mudah Alih Terbaik
: RM5,000 berserta 4 x iPhone
Video Paling Popular
: RM2,500

Pertanyaan

Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi
SEKRETARIAT
PERTANDINGAN LIGA REMAJA KREATIF 2014
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
PRIMA AVENUE 1
BLOK 3507, JALAN TEKNOKRAT 5
63000 CYBERJAYA
No Telefon
: 03 8688 8475/ 03 8688 8424
No Faks
: 03 8688 8469
Emel
ligaremajakreatif@cmc.gov.my
Web
http://lrk.mcmc.gov.my

0 comments:

Post a Comment