Monday 29 April 2013

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013

Salam sejahtera kepada semua Cyberkids,

Ok, kali ini kami ingin mengajak anda untuk sama-sama menyerlahkan bakat dan kreativiti anda dalam penciptaan video melalui satu pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).



Pertandingan ini bertujuan untuk menampilkan bakat pelajar dalam menghasilkan filem pendek bukan sahaja dalam penjanaan ide-ide, tetapi juga dalam mengasah kemahiran mereka dalam bidang IT dan multimedia.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari laman sesawang Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 di http://lrk.skmm.gov.my

Baiklah, gunakan kreativiti anda sepenuhnya dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan di samping memperoleh sijil peringkat negeri dan kebangsaan. Kami doakan semoga anda semua sukses!

0 comments:

Post a Comment