Selamat Datang Ke SMK Bukit Rambai

SMK Bukit Rambai mengalu-alukan kedatangan anda. Datang dengan harapan. Pulang bersama kejayaan. Kita pasti juara!

Dataran BRASS

Di sinilah perhimpunan rasmi dan perhimpunan pagi diadakan. Penuh kenangan bagi setiap warganya.

Kecemerlangan Kokurikulum

Kecemerlangan sukan dan permainan sentiasa menjadi fokus. Dengan modul latihan, disiplin dan bimbingan daripada guru-guru berpengalaman, SMKBR mencipta rekod yang tersendiri dan disegani lawan.

Menjana Kecemerlangan Akademik

Pelbagai aktiviti dan program dijalankan dari masa ke semasa bagi memantapkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan bagi melonjakkan kecemerlangan akademik dan sahsiah.

Alumni Maxis Cyberkids

Barisan ahli alumni yang menjadi perintis awal dalam menggerakkan aktiviti Cyberkids di SMK Bukit Rambai. Kami berusaha untuk membawa perubahan kepada seluruh warga SMKBR dalam membudayakan ICT di sekolah.

Maxis Cyberkids National Challenge 2011

Cyberkids SMKBR berjaya ke peringkat final kebangsaan. Bergambar bersama pengurusan tertinggi Maxis Berhad di Maxis Training Academy, Kuala Lumpur.

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013

Pertandingan Liga Remaja Kreatif kini kembali lagi. Serlahkan bakat dan kreativiti anda dalam penciptaan video dan menangilah hadiah lumayan. Tarikh tutup 21 Jun 2013.

Saturday 23 February 2013

Fasilitator Cyberkids Menjayakan Bengkel CourseLab Untuk Guru-Guru SMKBR

Pada 23 Februari 2013, telah diadakan Bengkel CourseLab bertempat di Dewan Mini SMKBR. Bengkel ini merupakan salah satu aktiviti peningkatan profesionalisme untuk guru-guru yang diadakan khusus melalui Latihan Dalam Perkhidmatan 2.

Bengkel ini bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran tentang perisian kursus CourseLab kepada semua warga pendidik di sekolah ini.

Kemampuan guru-guru membina alat bantuan mengajar khususnya melibatkan penggunaan teknologi ICT merupakan satu keperluan dalam trend pembelajaran abad ke-21. Penggunaan perisian kursus mampu meningkatkan kefahaman murid-murid kerana ciri-cirinya yang bersifat multimedia interaktif dan tidak-linear. Secara tidak langsung ianya mampu menarik minat murid-murid mengikuti kandungan pembelajaran secara berulang-kali.

Dalam bengkel ini, seramai 8 orang Cyberkids telah terlibat sebagai fasilitator dalam membimbing guru-guru menyiapkan bahan kursus mereka.





Di akhir bengkel, guru-guru melalui panitia masing-masing perlu mempersembahkan hasil perbengkelan mereka dan dinilai oleh para pentadbir.





Sambutan sangat menggalakkan walaupun masa agak terhad.Syabas kepada semua guru. Sekalung tahniah kepada semua fasilitator Cyberkids atas khidmat yang penuh cemerlang.


Wednesday 13 February 2013

Team Building

Aktiviti Team Building diadakan pada perjumpaan kali ketiga. Dalam aktiviti ini, para ahli dikehendaki mencipta logo, slogan dan tagline kumpulan. Sangat meriah. Ini diikuti dengan persembahan kumpulan masing-masing. Aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan mesra dalam kalangan ahli serta menyemai nilai bekerjasama, hormat-menghormati dan setia kawan.







Aktiviti ini mampu meningkatkan keyakinan diri di samping menonjolkan sifat kepimpinan dalam kalangan ahli.