Thursday 10 January 2013

Perlembagaan Kelab



KELAB KOMPUTER & FOTOGRAFI CYBERKIDS 
SMK BUKIT RAMBAI MELAKA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN

NAMA DAN ALAMAT
Nama Kelab : Kelab Komputer & Fotografi Cyberkids SMK Bukit Rambai

Alamat : Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai, 75250 Bukit Rambai, Melaka.

MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi rohani dan intelek.

OBJEKTIF
3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Kelab Komputer & Fotografi Cyberkids dengan lebih terpimpin dalam menimba kemahiran ICT dan fotografi  dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.
3.2 Ahli-ahli akan seberapa daya untuk mencapai kejayaan dalam setiap aktiviti yang diceburi dan ilmu yang dipelajari.

KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini
4.2 Permohonan menjadi ahli melalui pendaftaran melalui borang yang disediakan
4.3 Ahli mestilah menerima dan bersetuju berpegang dengan Perlembagaan dan mengambil bahagian yang aktif dalam semua aktiviti yang diceburi.

GURU PENASIHAT
5.1 Guru Penasihat mestilah guru yang bertugas di sekolah ini.
5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.

AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agong.
6.2 Pemilihan jawatakuasa secara undian
6.3 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik atas budi bicara Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
6.4 AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.5 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung kepada keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-kira (2 orang)

KEWANGAN
7.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat Agong dan telah diputuskan sebanyak RM1.00 seorang.
7.2 Kelab boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti kelab.

KEHADIRAN/PENYERTAAN
8.1 Ahli Kelab dikehendaki menghadiri semua aktviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.
8.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

AKTIVITI
9.1 Dijalankan seperti yang dirancangkan dalam mesyuarat agong atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
9.2 Sebarang pindaan aktiviti boleh dilakukan atas budi bicara Guru Penasihat dan diumumkan kepada ahli-ahli.

PERATURAN-PERATURAN
10.1 Peraturan sekolah adalah peraturan asas
10.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli
10.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib

TINDAKAN DISIPLIN
11.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
11.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
11.2.1 Amaran lisan
11.2.2 Amaran bertulis
11. 3 Ahli yang tidak berpuashati boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat
Kelab secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PINDAAN PERLEMBAGAAN
12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
12.2 Cadangan pindaan boleh dibuat oleh mana-mana ahli yang sah.
12.3 Mesyuarat Khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan AJK akan membincangkan dan meluluskan jika perlu.
12.4 Setiap pindaan hendaklah diluluskan oleh GPK Kokurikulum atau Pengetua.

PEMBUBARAN KELAB
13.1 Pengetua berkuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
13.2 Segala hutang wajib dijelaskan dan baki kewangan akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas

LAIN-LAIN
14. 1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
14.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat

0 comments:

Post a Comment