Pada 23 Februari 2013, telah diadakan Bengkel CourseLab bertempat di Dewan Mini SMKBR. Bengkel ini merupakan salah satu aktiviti peningkatan profesionalisme untuk guru-guru yang diadakan khusus melalui Latihan Dalam Perkhidmatan 2.
Bengkel ini bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran tentang perisian kursus CourseLab kepada semua warga pendidik di sekolah ini.
Kemampuan guru-guru membina alat bantuan mengajar khususnya melibatkan penggunaan teknologi ICT merupakan satu keperluan dalam trend pembelajaran abad ke-21. Penggunaan perisian kursus mampu meningkatkan kefahaman murid-murid kerana ciri-cirinya yang bersifat multimedia interaktif dan tidak-linear. Secara tidak langsung ianya mampu menarik minat murid-murid mengikuti kandungan pembelajaran secara berulang-kali.
Dalam bengkel ini, seramai 8 orang Cyberkids telah terlibat sebagai fasilitator dalam membimbing guru-guru menyiapkan bahan kursus mereka.
Saturday, 23 February 2013
Fasilitator Cyberkids Menjayakan Bengkel CourseLab Untuk Guru-Guru SMKBR
Sambutan sangat menggalakkan walaupun masa agak terhad.Syabas kepada semua guru. Sekalung tahniah kepada semua fasilitator Cyberkids atas khidmat yang penuh cemerlang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment