Selamat Datang Ke SMK Bukit Rambai

SMK Bukit Rambai mengalu-alukan kedatangan anda. Datang dengan harapan. Pulang bersama kejayaan. Kita pasti juara!

Dataran BRASS

Di sinilah perhimpunan rasmi dan perhimpunan pagi diadakan. Penuh kenangan bagi setiap warganya.

Kecemerlangan Kokurikulum

Kecemerlangan sukan dan permainan sentiasa menjadi fokus. Dengan modul latihan, disiplin dan bimbingan daripada guru-guru berpengalaman, SMKBR mencipta rekod yang tersendiri dan disegani lawan.

Menjana Kecemerlangan Akademik

Pelbagai aktiviti dan program dijalankan dari masa ke semasa bagi memantapkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan bagi melonjakkan kecemerlangan akademik dan sahsiah.

Alumni Maxis Cyberkids

Barisan ahli alumni yang menjadi perintis awal dalam menggerakkan aktiviti Cyberkids di SMK Bukit Rambai. Kami berusaha untuk membawa perubahan kepada seluruh warga SMKBR dalam membudayakan ICT di sekolah.

Maxis Cyberkids National Challenge 2011

Cyberkids SMKBR berjaya ke peringkat final kebangsaan. Bergambar bersama pengurusan tertinggi Maxis Berhad di Maxis Training Academy, Kuala Lumpur.

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013

Pertandingan Liga Remaja Kreatif kini kembali lagi. Serlahkan bakat dan kreativiti anda dalam penciptaan video dan menangilah hadiah lumayan. Tarikh tutup 21 Jun 2013.

Sunday, 12 May 2013

Kenali Gerbang myUSSD Kerajaan Malaysia

Perkhidmatan myUSSD

Gerbang USSD Kerajaan Malaysia adalah satu projek yang diterajui oleh MAMPU untuk memberi maklumat kepada orang awam.

Projek ini telah dimulakan dengan mengambil kesempatan daripada manfaat penggunaan teknologi komunikasi mudah alih untuk menyediakan cara yang berkesan, cepat dan menjimatkan bagi orang awam untuk berkomunikasi dengan agensi-agensi kerajaan.

Gerbang USSD Kerajaan Malaysia menggunakan kod pendek *158# untuk semua agensi sejajar dengan dasar kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan sebagai "satu kerajaan, banyak agensi".

USSD (Unstructured Supplementary Service Data) adalah teknologi yang digunakan oleh rangkaian untuk menghantar maklumat berbentuk menu teks atau flash sms di antara telefon bimbit dan aplikasi pada rangkaian.

USSD akan membolehkan anda untuk meminta maklumat dalam kod pendek (bermula dengan * dan berakhir dengan #), melalui menu dari rangkaian melalui telefon bimbit anda. USSD menyediakan sesi berasaskan komunikasi dan pelbagai aplikasi.

Caj Perkhidmatan myUSSD

USSD adalah serupa dengan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), tetapi tidak seperti SMS, transaksi USSD adalah session oriented. Setiap transaksi USSD adalah Rm0.35 untuk satu sesi selama 2 minit.

Sesi ini dirujuk kepada sesi pertama. Sekiranya sesi disambung di dalam 30 saat dari masa tamat sesi pertama, maka tiada caj tambahan untuk sesi 2 minit selanjutnya.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.mymobile.gov.my

Friday, 10 May 2013

Bengkel Web Hosting 2013


Untuk membina sebuah blog dot com sendiri, anda mempunyai dua pilihan. Pilihan pertama adalah dengan menggunakan platform blog percuma seperti Blogger atau WordPress.com.

Seterusnya, dapatkan nama domain dot com yang bersesuaian dan hubungkan nama domain ini ke URL asal blog anda yang dihos pada sistem Blogger atau WordPress.com.

Untuk perbengkelan hari ini, sila muat turun fail-fail berikut:

1. Panduan Web Hosting

2. Using Web Based FTP Client

Sila muat turun software berikut untuk aktiviti memuat naik fail ke web hosting:

1. FileZilla FTP Client


Monday, 29 April 2013

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013

Salam sejahtera kepada semua Cyberkids,

Ok, kali ini kami ingin mengajak anda untuk sama-sama menyerlahkan bakat dan kreativiti anda dalam penciptaan video melalui satu pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Pertandingan ini bertujuan untuk menampilkan bakat pelajar dalam menghasilkan filem pendek bukan sahaja dalam penjanaan ide-ide, tetapi juga dalam mengasah kemahiran mereka dalam bidang IT dan multimedia.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari laman sesawang Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 di http://lrk.skmm.gov.my

Baiklah, gunakan kreativiti anda sepenuhnya dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan di samping memperoleh sijil peringkat negeri dan kebangsaan. Kami doakan semoga anda semua sukses!

Sunday, 28 April 2013

Creative Facebook Timeline Covers Competition

Good day to all BRASS cyberkids!

Just if you didn’t know, Facebook Timeline is the latest feature that was introduced in the recent Facebook Conference, F8. It’s generally a complete overhaul of the profile page with the new ability to view your status updates in a list sorted by time, hence the name.

With this new feature comes a new way of introducing yourself though graphic other than profile photo, and we call it Timeline Cover. And yes, what you can expect is thousands of facebookers try to be creative with their new timeline cover, spawning the hype all over the web.

Ok..Regarding to our Facebook Timeline Cover Competition as I mentioned to you earlier on Thursday (25/4/2013) at Dataran Brass, I will organize a Photoshop workshop on Monday at our Computer Lab at 2.00pm.

Creative Facebook Timeline Cover means you have a concepts about your FB timeline. Ok, to make it more clear, you can see some of the creative facebook timeline covers below and..... this is what I mean creative!















So you have enjoyed the entire showcase, and would like to get really creative on your timeline cover? You can actually do it now! For certain reasons Facebook haven’t release the feature officially yet, but you can activate the feature by walking though some very easy steps.









Tuesday, 16 April 2013

Pertandingan Menulis Puisi Maxis Cyberkids


Cyberkids sekalian, mari sertai pertandingan menulis puisi bertemakan Tanahairku.



Sila layari laman web di bawah untuk keterangan lanjut.

Sunday, 14 April 2013

Kamera Digital Kompak Baru Dan Bergaya Klasik Untuk Tahun 2013



*UPDATE: Terbaru, salah satu kamera di bawah (Fujifilm X E1) telah menerima anugerah GOLD AWARD oleh DPReview pada 14 March 2013. Lebih mudah untuk anda membuat pilihan.
Banyak syarikat gergasi kamera di dunia memperkenalkan kamera bersaiz kecil pada pembukaan tahun 2013 ini. Sudah pasti ini satu berita gembira bagi penggemar kamera kecil, ringan, mudah dibawa disamping menghasilkan kualiti gambar yang baik.


Mari kita lihat kamera terbaru ini dengan rekaan klasik yang kompak.

Model kamera digital kompak yang menggunakan format DX- Nikon Coolpix A

Pentax juga menghasilkan kamera gaya klasik dengan model- Pentax MX1

Fujifilm berjaya memasarkan kamera digital kompak yang menghasilkan kualiti gambar yang sangat baik- Fujifilm X-E1

Sony juga tidak ketinggalan dengan update terbaru untuk sini NEX- Sony Alpha Nex-6
Mana satu model pilihan anda?

Jom kongsikan bersama kawan-kawan yang lain!

Kredit: noorizamsabran

Wednesday, 20 March 2013

Apa itu Fotografi



Jika kita lihat di dalam Kamus Dewan Edisi Tiga,  fotografi bermaksud seni, proses atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan fotograf.
Dalam bahasa Inggeris,
“*Photography is the process, activity and art of creating still or moving pictures by recording radiation on a sensitive medium, such as a film, or an electronic sensor.”
Perkataan “photography” berasal dari French photographie yang bermaksud “light” + “stylus”, “paintbrush” atau “melukis dengan cahaya.”  Pada awalnya, produk fotografi dinamakan negatives (negatif) dan fotograf, atau singkatannya photo (foto).
Fotografi banyak digunakan dalam perniagaan, kajian sains, seni dan hobi.
Untuk lebih mudah faham, fotorafi boleh dimaksudkan dengan ‘melukis dengan cahaya’. Tiada cahaya, maka tiada imej dapat dirakam kecuali hitam.

Kredit:
http://noorizamsabran.com/2008/apa-itu-fotografi/