Sunday 12 May 2013

Kenali Gerbang myUSSD Kerajaan Malaysia

Perkhidmatan myUSSD

Gerbang USSD Kerajaan Malaysia adalah satu projek yang diterajui oleh MAMPU untuk memberi maklumat kepada orang awam.

Projek ini telah dimulakan dengan mengambil kesempatan daripada manfaat penggunaan teknologi komunikasi mudah alih untuk menyediakan cara yang berkesan, cepat dan menjimatkan bagi orang awam untuk berkomunikasi dengan agensi-agensi kerajaan.

Gerbang USSD Kerajaan Malaysia menggunakan kod pendek *158# untuk semua agensi sejajar dengan dasar kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan sebagai "satu kerajaan, banyak agensi".

USSD (Unstructured Supplementary Service Data) adalah teknologi yang digunakan oleh rangkaian untuk menghantar maklumat berbentuk menu teks atau flash sms di antara telefon bimbit dan aplikasi pada rangkaian.

USSD akan membolehkan anda untuk meminta maklumat dalam kod pendek (bermula dengan * dan berakhir dengan #), melalui menu dari rangkaian melalui telefon bimbit anda. USSD menyediakan sesi berasaskan komunikasi dan pelbagai aplikasi.

Caj Perkhidmatan myUSSD

USSD adalah serupa dengan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), tetapi tidak seperti SMS, transaksi USSD adalah session oriented. Setiap transaksi USSD adalah Rm0.35 untuk satu sesi selama 2 minit.

Sesi ini dirujuk kepada sesi pertama. Sekiranya sesi disambung di dalam 30 saat dari masa tamat sesi pertama, maka tiada caj tambahan untuk sesi 2 minit selanjutnya.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.mymobile.gov.my

1 comment: